Petikan kes

Pelbagai petikan kes dialihkan ke sini. Jika anda sedang mencari teks tulen suatu pendapat, ia biasanya dihubungkan pada pautan luar di bawah rencana mengenai kes berkenaan.

Petikan kes adalah sistem yang digunakan dalam negara-negara common law seperti United Kingdom, Malaysia, Kanada, Amerika Syarikat, Singapura, Australia, India dan New Zealand untuk mengenalpasti secara unik lokasi keputusan-keputusan kes mahkamah terdahulu dalam siri buku khas yang digelar laporan. Sementara petikan kes diformatkan dengan berbeza di bidang-bidang kuasa berlainan, mereka secara amnya mempunyai maklumat kunci yang sama.

Di mana kes-kes diterbitkan dalam volum ikatan petikannya akan merangkumi:

  • tajuk laporan;
  • nombor volum;
  • nombor muka surat; dan
  • tahun kes diputuskan.

Dalam sesetengah siri laporan, sebagai contoh di England dan Malaysia, volum tidak dinomborkan secara bebas daripada tahunnya: maka tahun dan nombor volum (biasanya tidak lebih daripada 4/IV) diperlukan untuk mengenalpasti buku siri mana letaknya kes yang ingin dicari. Dalam petikan sebegini ia biasa untuk kurungan empat segi '[’tahun]' untuk diaplikasikan kepada tahun (yang mungkin bukan tahun kes ditentukan: sebagai contoh, suatu kes yang telah diputuskan pada Disember 2003 mungkin telah dilaporkan pada tahun berikutnya iaitu tahun 2004).

Kewujudan Internet telah membawa bersamanya peluang untuk para mahkamah-mahkamah menerbitkan keputusan mereka di laman web. Kos rendah kaedah terbitan sebegini dan peranan penting keputusan mahkamah sebagai sumber utama undang-undang di negara-negara common law telah menghasilkan keadaan di mana kebanyakan mahkamah menerbitkan majority keputusan mereka di Internet. Keputusan-keputusan mahkamah dari serata dunia kini boleh didapati di laman WorldLII. Anjakan ini telah digalakkan Gerakan Laluan Bebas ke Undang-Undang.

Kebanyakan keputusan mahkamah tidak diterbitkan dalam laporan undang-undang yang dicetak. Overhed besar terbitan mengehadkan terbitan pada kes-kes yang signifikan sahaja. Terbitan kes di Internet menyebabkan kebanjiran maklumat berlaku, hasilnya sistem terbitan sederhana-neutral terpaksa digunapakai. Ini biasanya merangkumi informasi berikut:

  • tahun keputusan
  • singkatan tajuk mahkamah; dan
  • nombor keputusan (bukan nombor fail mahkamah)

Penggunaan nombor muka surat sebagai rujukan petikan, yang bersangkut dengan pencetak dan pelayar web tertentu tidak senang digunakan untuk sistem laman web. Oleh itu, kuotasi nombor perenggan bertindak sebagai gantian.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search